ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Ahli ahli
Kesatuan JTMP yang dihormati.
MESYUARAT
AGUNG DWITAHUNAN KESATUAN KEBANGSAAN JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN YANG KE 14
Adalah dimaklumkan bahawa Kesatuan Kebangsaan Juruteknologi
Makmal Perubatan akan mengadakan Mesyuarat Agung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 03 - 04 Okt 2015
Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : Sila lihat lampiran Agenda
Mesyuarat
Tempat: Prinzpark Resort , Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, 20400,
Kuala
Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
2. Mesyuarat agung dwitahunan KKJTMP ini
adalah bertujuan untuk membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong kali
ke 13 dan juga membentangkan laporan kewangan kesatuan berakhir pada 31 Mac
2013 dan juga 31 Mc 2014. Pada mesyuarat tersebut juga akan diadakan Pemilihan
Pegawai –pegawai kesatuan bagi sesi 2015-2017.
3. Pihak kesatuan berbesar hati dan
mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli kesatuan JTMP dan JTMP yang belum menjadi
ahli (Pemerhati sahaja) untuk hadir pada mesyuarat tersebut. Bersama ini
disertakan borang pencalonan dan borang usul . Ahli- ahli kesatuan juga boleh
mencalonkan ahli-ahli KKJMP untuk dilantik sebagai Pegawai-pegawai kesatuan
bagi sesi 2015-2017 disamping dapat memberikan idea serta membawa JTMP kearah
yang lebih baik.
4. Tarikh
tutup bagi menghantar Borang Pencalonan dan Borang Cadangan/Usul ialah pada
17hb Ogos 2015.
5. Untuk makluman ahli-ahli KKJMP ,
sekiranya tuan/puan ingin menginap di PrinzPark Resort, Kuala Terengganu, disini
dilampirkan senarai harga bilik sebagai panduan.
6. Bersama ini pihak kesatuan sertakan
surat kebenaran Cuti Tanpa Rekod kepada semua ahli JTMP yang akan hadir pada
mesyuarat tersebut. Walaubagaimanapun kelulusan Cuti Tanpa Rekod adalah
bergantung kepada kebenaran ketua jabatan masing-masing. Turut disertakan
adalah Agenda Mesyuarat Agung Kesatuan .
7. Untuk makluman semua, segala kos
perjalanan dan penginapan adalah ditanggung oleh ahli - ahli sendiri. Tarikh
tutup penghantaran borang pengesahan kehadiran ialah pada 28 Sept 2015. * Sila
kembalikan BORANG PENCALONAN, BORANG KEHADIRAN dan CADANGAN/USUL yang telah
lengkap diisi ke alamat seperti berikut:
SETIAUSAHA KEHORMAT
KESATUAN JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
D/A INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN,
JALAN PAHANG,50588 KUALA LUMPUR.
Yang menjalankan tugas,
WAN NOR AZMA WAN SALLEH
SETIAUSAHA KKJMP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan